B-Complex With Folic Acid

Panduan Memilih Vitamin B Complex

Perbezaan B-Complex Shaklee

B-Complex Shaklee adalah vitamin B paling lengkap dan semulajadi di pasaran. Ianya mengandungi kesemua 8 komponen vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Kesemua komponen ini mempunyai keseimbangan bagi memastikan keberkesanan yang sempurna.

Kandungan asid folik dalam B-Complex Shaklee adalah pertama di dunia dihasilkan dengan mempunyai kadar serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Kebanyakkan hampir 99% asid folik yang berada di pasaran bersifat sintetik, tidak mudah diserap oleh tubuh.

Mengapa Harus Memilih B-Complex Shaklee

Apa Itu B-Complex?

B-Complex adalah vitamin B yang lengkap dengan kesemua 8 komponen penting vitamin B : B1, B2, B3, B5, B12, B9 (Asid Folik) dan B7 (Biotin).

Fungsi Utama B-Complex 

#1 – Vitamin B1 (Thiamine) Menghasilkan Sel-Sel Yang Sihat

Vitamin B1 (Thiamine) bertujuan supaya tubuh dapat menghasilkan sel-sel baru yang sihat. Ianya juga mempunyai ciri-ciri anti-stress serta berupaya meningkatkan sistem imun tubuh. Ianya juga penting membantu memecahkan karbohidrat.

Sumber makanan: biji-bijian, kekacang, bayam, kale.

#2 – Vitamin B2 (Riboflavin) Sebagai Antioksidan

Vitamin B2 (Riboflavin) berfungsi sebagai antioksidan membantu melawan radikal bebas yang merosakkan sel dalam tubuh. Ia juga boleh mencegah penuaan awal serta mencegah penyakit jantung. Riboflavin penting untuk penghasilan sel darah merah yang diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Kajian juga menunjukkan vitamin B2 juga boleh mengatasi masalah sakit kepala atau migrain.

Sumber makanan: almond, susu, yogurt, telur, bayam, kacang soya.

#3 – Vitamin B3 (Niacin) Meningkatkan Kolestrol Baik

Vitamin B3 (Niacin), fungsi utamanya adalah untuk meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) iaitu kolesterol yang baik. Semakin tinggi kolestrol HDL, semakin tinggi kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) dapat dibersihkan dalam darah. Kolesterol LDL adalah tidak baik dan boleh menyebabkan risiko penyakit jantung.

Sumber makanan: yis, daging merah, susu, telur kekacang, sayuran hijau.

#4 – Vitamin B5 (Pantothenic Acid) Memecahkan Lemak

Vitamin B5 (Pantothenic Acid) berfungsi memecahkan lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Ia juga bertanggungjawab untuk pengeluaran seks dan hormon berkaitan termasuklah testosteron. Kajian juga menunjukkan vitamin B5 dapat menggalakkan kulit yang sihat, mengurangkan tanda-tanda penuaan kulit seperti kemerah-merahan atau bintik-bintik pada kulit.

Sumber makanan: avacado, yogurt, telur, susu, daging, kekacang.

#5 – Vitamin B6 (Pyridoxine) Mengawal Paras Asid Amino

Vitamin B6 (Pyridoxine) bersama vitamin B9 (Folic Acid) dan B12 (Cobalamin), berfungsi mengawal paras asid amino homocystein (berkaitan penyakit jantung). Peranan utama pyridoxine adalah membantu individu yang mempunyai masalah mood stress serta pola tidur yang tidak tetap. Ianya membantu tubuh menghasilkan serotonin, melatonin dan neropinephrine, hormon stress. Vitamin B6 juga dapat mengurangkan keradangan rheumatoid arthritis.

Sumber makanan: ayam, ayam belanda, ikan tuna, salmon, biji bunga matahari, keju, beras perang, lobak merah.

#6 – Vitamin B12 (Cobalamin) dan B9 (Folic Acid) Menghasilkan Sel Darah Merah

Vitamin B12 (Cobalamin) dan B9 (Folic Acid) berfungsi menghasilkan sel darah merah dan membantu zat besi menjalankan tugasnya; mencipta protein yang membawa oksigen, hemoglobin. Vitamin ini hanya boleh diperolehi daripada sumber haiwan. Kebanyakkan pengamal vegeterian kekurangan vitamin B12.

Sumber makanan: ikan, kerang, tenusu, telur, daging lembu.

#7 – Vitamin B9 (Folate) Penting Untuk Wanita Hamil

Vitamin B9 (Folate) iaitu asid folik berperanan mengawal kemurungan dan mencegah hilang ingatan. Vitamin ini juga amat penting untuk wanita hamil, ia menyokong pertumbuhan sihat bayi dalam kandungan serta mencegah kecacatan neurologi seperti pembentukan tulang belakang tidak sempurna (spina bifida).

Sumber makanan: Sayur berdaun gelap, asparagus, salmon, sayuran berakar, susu

#8 – Vitamin B7 (Biotin) Vitamin Kecantikan

Vitamin B7 (Biotin) berperanan sebagai vitamin kecantikan, memelihara kesihatan rambut, kuku dan kulit. Ianya juga membantu mengawal glukosa dalam darah. Vitamin ini juga penting untuk wanita hamil, menyokong pertumbuhan bayi yang normal.

Sumber makanan: barli, hati, yis, ayam, ikan, kentang, kuning telur, kacang.

Siapa Yang Memerlukan B-Complex?

Semua individu sangat memerlukan B-Complex bagi memenuhi keperluan kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Individu terutama yang kerap menghadapi tekanan kerja yang banyak, selalu stress, migrain, hilang daya fokus, cepat letih serta terdedah pada sinaran uv matahari.

Wanita hamil, mengandung serta yang menyusukan bayi. Juga untuk wanita yang mengamalkan pil perancang kehamilan.

Pesakit anemia, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Golongan remaja atau pelajar untuk meningkatkan daya fokus dan memperkasa daya ingatan.

Individu yang ingin menjaga kecantikan tubuh badan serta ingin nampak awet muda.

Kesan Kekurangan B-Complex

Individu yang kekurangan vitamin B sering kelihatan letih, tidak bertenaga, tidak fokus dan sering mengalami sakit kepala atau migrain.

Terdedah kepada penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Wanita hamil atau wanita yang mengalami pendarahan haid banyak berisiko menghadapi masalah seperti kekurangan sel darah merah iaitu anemia.

Bayi dalam kandungan berisiko menghadapi perkembangan tidak normal.

Sumber Makanan Yang Membekalkan B-Complex

Seperti yang telah diterangkan dalam fungsi setiap jenis vitamin B. Secara umumnya kita boleh mendapatkan sumber vitamin B yang lengkap melalui makanan seperti biji-bijian, kekacang, sayur-sayuran hijau, kentang, lobak merah, yis, yogurt, telur, susu, daging merah, ayam, ikan, kerang dsb.

Kesemua jenis vitamin B ini harus diambil dengan kuantiti yang seimbang.

Panduan Memilih B-Complex Terbaik 

Lengkap dengan kesemua 8 komponen penting vitamin B : B1, B2, B3, B5, B12, B9 (Asid Folik) dan B7 (Biotin). Sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA, kesemua vitamin ini perlu diambil pada masa yang sama.

Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.

Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.

Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release).

Kenapa Harus Memilih B-Complex Shaklee?

Selain merupakan vitamin B paling lengkap dan semulajadi di pasaran, B-Complex Shaklee adalah paling murah berbanding jenama lain.

Harganya cuma RM58.75 ; 120 tablet cukup untuk pengambilan selama 4 bulan. Sangat jimat!

b-complex shaklee

Di Mana Nak Beli B-Complex Shaklee?

Hubungi terus saya Ainiza melalui Whatsapp +6019-7291154

Dengan setiap pembelian terus melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi eksklusif serta panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.

Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell.  Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA. 

Pengedar Shaklee Pekan Nanas Pontian

Hidup Sihat Hidup Ceria

Amalkan Suplemen Pelaburan Kesihatan Berbaloi
 
Ainiza Hamidon 
SID No. 1204686 
 
Call | Sms | Whatsapp
 
Pengedar Sah Shaklee 
COD Pekan Nanas Pontian
Penghantaran POS Seluruh Malaysia

Facebook Comments

YOUTH™ Skincare

YOUTH Shaklee Produk Kecantikan Muka Terbaik Selamat Berkesan

Shakleebaby™

Shaklee Baby

CoQ-Trol Plus

CoQ-Troll Plus