Masalah Mental Di Malaysia Semakin Membimbangkan. Cegah Sebelum Melarat!

Masalah mental di Malaysia semakin membimbangkan! Pakar telah memberi amaran bahawa penyakit mental bakal menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020.

Kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan tekanan perasaan bakal menggantikan penyakit kardiovaskular sebagai faktor penentu utama sama ada seseorang itu masih mampu untuk terus bekerja atau tidak.

Statistik Peningkatan Masalah Mental Di Malaysia 

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas, atau 29.2 peratus populasi negara, menghidapi pelbagai masalah mental. Ini adalah peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding 2006.

Ramai di antara kita yang tidak sedar kemungkinan juga mengalami masalah mental. Memeranjatkan! Keputusan saringan DASS yang dijalankan oleh Public Health Malaysia mendapati lebih 50% daripada responden wanita mungkin mempunyai masalah kesihatan mental. Manakala 45% daripada responden lelaki juga mungkin mempunyai masalah kesihatan mental.

Dalam hal ini kita perlu bersifat terbuka untuk mengatasi masalah mental yang dialami. Mempunyai masalah mental tidak bermaksud seseorang itu terus dianggap gila atau tidak waras. Secara umumnya, masalah mental merujuk kepada keadaan kesihatan mental iaitu gangguan yang mempengaruhi mood, pemikiran dan kelakuan seseorang. Contoh masalah mental termasuk kemurungan, mudah berasa cemas, skizofrenia, gangguan pola pemakanan serta ketagihan pada tingkah laku tertentu.

Tanda Dan Gejala Masalah Mental

Tanda dan gejala masalah mental berbeza-beza dan bergantung kepada gangguan, keadaan dan faktor-faktor lain. Hal ini boleh menjejaskan emosi, pemikiran dan tingkah laku seseorang. Tanda dan gejala masalah mental termasuk:

  • Perasaan yang tumpul dan mendatar. Gambaran perasaan ini dapat dilihat pada wajah yang tidak menunjukkan ekspresi.
  • Menarik diri atau mengasingkan diri. Tidak mahu bergaul atau berhubung dengan orang lain dan suka mengelamun.
  • Delusi iaitu mempunyai keyakinan yang tidak rasional atau tidak masuk akal. Sering berkhayal atau mengelamun.
  • Gangguan halusinasi seperti mendengar bisikan-bisikan di telinga.
  • Mengalami stress, sedih dan depresi yang melampau dan terus menerus.
  • Menghadapi kesulitan untuk melakukan pekerjaan atau tugas-tugas harian.
  • Paranoid (cemas dan takut) yang melampau pada hal-hal yang biasa.
  • Berfikir untuk bunuh diri.
  • Perubahan diri yang tidak normal.
  • Emosi yang berubah-ubah.
  • Tabiat pemakanan yang tidak seperti biasa.
  • Sukar tidur atau pola tidur yang tidak seperti biasa.
  • Fikiran yang bercelaru, dapat dilihat pada cara perbicaraan
  • Mengambil alkohol atau dadah sebagai penyelesaian masalah mental yang dialami
  • Sering berasa gelisah, tidak duduk diam, bersifat agresif, berbicara dengan semangat dan gembira yang berlebihan.
  • Kurang atau sukar diajak berbicara dan pendiam.
  • Tidak boleh berfikir secara abstrak.
  • Tidak bersemangat, tiada daya upaya usaha, tiada inisiatif, seperti tidak ingin apa-apa dalam hidup dan serba malas.

Tanda dan gegala masalah mental juga boleh dilihat pada perubahan masalah kesihatan fizikal seperti sakit perut, sakit belakang, sakit kepala, atau rasa sakit yang tidak dapat dijelaskan.

Faktor-faktor Yang Mendorong Terjadinya Masalah Mental

Umumnya masalah mental berpunca daripada pelbagai faktor persekitaran dan faktor genetik. Antara faktor-faktor yang boleh mendorong terjadinya masalah mental adalah seperti berikut:

  • Mempunyai saudara, seperti ibu bapa atau adik-beradik yang ada masalah mental.
  • Situasi kehidupan tegang, seperti masalah kewangan, kematian seseorang yang tersayang atau perceraian.
  • Mempunyai masalah kesihatan yang kronik dan berterusan, seperti kencing manis.
  • Kerosakan otak akibat kecederaan serius (kecederaan otak traumatik).
  • Pengalaman traumatik, seperti pertempuran tentera atau diserang.
  • Penggunaan alkohol atau dadah.
  • Pengabaian kanak-kanak.
  • Mempunyai sejarah lampau masalah mental.
Baca Juga  Cara Sembuhkan Kulit Melecur Ringan. 5 Langkah Rawatan Kecemasan Yang Perlu Dibuat.

Kesan-kesan Akibat Masalah Mental 

Masalah mental boleh menyebabkan seseorang hilang keupayaan termasuk tidak boleh menjalankan tugas-tugas dalam pekerjaan. Masalah mental yang tidak dirawat boleh mengakibatkan masalah emosi, tingkah laku dan fizikal yang teruk. Kesan-kesan akibat masalah mental:

  • tidak bahagia, tidak gembira meneruskan kehidupan seharian
  • masalah keluarga
  • masalah dalam perhubungan
  • tersisih daripada kehidupan bersosial
  • mengambil alkohol, dadah atau ubta-ubat terlarang sebagai penyelesaian
  • tidak meneruskan persekolahan, diberhentikan kerja
  • masalah undang-undang atau kewangan
  • kemiskinan dan tiada tempat tinggal
  • bertindak mencederakan diri atau orang lain, bunuh diri atau membunuh orang lain.
  • Sistem imun tubuh yang lemah, sukar melawan jangkitan
  • Sakit jantung dan masalah kesihatan lain

12 Langkah Menjaga Kesihatan Mental Yang Baik

#1 – Mengamalkan Cara Hidup Sihat

Minda yang sihat akan menghasilkan kesihatan tubuh yang baik. Begitu juga sebaliknya, tubuh yang sihat menyokong kesihatan minda dengan baik. Untuk kesihatan mental dan fizikal, sangat penting mengamalkan nutrisi yang seimbang. Luangkan juga masa untuk beriadah dan mengekalkan berat badan yang ideal. Pastikan juga diri mendapat tidur dan rehat yang cukup.

#2 – Sentiasa Berfikiran Positif

Berfikiran positif dan biasakan percakapan yang positif seperti : saya akan, saya akan cuba, saya boleh, saya menarik dan sebagainya. Kerap berfikiran negatif akan membuatkan minda dan tubuh menjadi lemah.

#3 – Buat Keputusan Secara Bijak

Buatlah keputusan secara bijak dengan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan.

#4 – Tidak Bersendirian, Carilah Kawan

Carilah kawan untuk berbual dan ketawa bersama. Dalam pergaulan, perlu bersabar dan menghormati pandangan orang lain.

#5 – Mendengar Suara Hati 

Dengarlah suara hati (perasaan) kita sendiri. Kita tidak boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa, sesekali dalam hidup kita pasti ada mengalami perasaan yang kuat seperti; keseorangan, disayangi, ketakutan, kesedihan, tiada upaya, malu dan sebagainya. Jadi, tidak salah untuk meluahkan perasaan sesuai dengan tempat dan keadaan. Memendam perasaan jauh di dalam hati akan lebih menganggu perasaan.

#6 – Belajar Menangani Kritikan 

Jika dikritik, cuba dalam keadaan santai, tarik nafas panjang, bersikap tenang dan bayangkan kita berada di tempat yang selamat. Bertenang dan cuba menerima kritikan yang membina, untuk memperbetulkan keadaan. Jika kritikan tidak membina dan menyinggung perasaan kita, berikan jawapan yang tegas tetapi bukan bersikap kasar.

#7 – Belajar Menjadi Diri Sendiri

Buang keinginan supaya semua orang menyukai kita dan tidak perlu bersedih sekiranya seseorang tidak menyukai kita. Buangkan fikiran jika ingin disukai, kita perlu menurut kehendak orang tersebut. Hal ini menyebabkan kita tidak akan berpeluang menjadi diri kita sendiri.

#8 – Belajar Untuk Menyayangi Diri Sendiri

Sangat penting, belajar menyayangi diri sendiri. Buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri sendiri. Berhenti daripada membuat perkara yang diri sendiri tidak sukai. Bercakap perkara yang baik-baik tentang diri sendiri. Kita juga berhak untuk berkata tidak bila disuruh membuat perkara yang menyalahi undang-undang, tidak jujur atau yang bertentangan dengan kepercayaan dan ada kalanya kita perlu bertindak tegas.

#9 – Rancang Masa Dengan Baik

Buat satu senarai semua perkara yang perlu dibuat dan amalkan. Beri peruntukan masa yang bersesuaian dan laksanakan. Berikan juga diri masa untuk menyelaras dari satu perubahan ke perubahan yang lain. Contohnya jangan membeli kereta, rumah, berkahwin dan bertukar kerja dalam satu masa.

Baca Juga  Cara Hilangkan Migrain Teruk Tanpa Perlu Makan Ubat Penahan Sakit
#10 – Bina Keluarga Bahagia

Sentiasa memupuk nilai-nilai mesra, kasih sayang dan berbudi bahasa ketika bersama ahli keluarga. Beri perhatian dan sokongan yang sewajarnya. Luangkan masa untuk berbual, bermain dan bersantai bersama ahli keluarga. Jadikan rumah sebagai syurga, tempat yang aman dan menyeronokkan untuk kembali setelah penat sehari suntuk bekerja.

#11 – Kongsi Masalah, Dapatkan Bantuan Profesional Bila Diperlukan

Jangan simpan semua masalah yang boleh menambah kebimbangan diri. Kita boleh berkongsi masalah dengan orang yang dipercayai. Mungkin mereka mengalami pengalaman yang serupa dan boleh memberi cadangan penyelesaian.

#12 – Mengamalkan Cara Hidup Islam 

Kunci utama memelihara kesihatan mental ialah kembali kepada ajaran dan cara hidup Islam. Islam mengajar kita cara hidup yang sempurna dengan berpandukan Al-Quran dan Hadis.

“Sesungguhnya telah berbahagialah mereka yang menyucikan dirinya dan sentiasa mengingati Allah, lalu ia mengerjakan solat.”

[Al-A’laa: 143-15]

Jesteru, untuk mencapai ketenangan dalam hidup, akal dan jasmani (mental dan fizikal) perlu sentiasa dijaga. Lakukanlah suruhan-Nya, perbanyak amalan, redha dan bersangka baik pada-Nya. Banyakkan berdoa semoga segala kesulitan akan dipermudahkan.

Nutrisi Membantu Memelihara Kesihatan Mental

Minda kita memerlukan nutrisi utama seperti asid lemak tak tepu omega-3, asid amino penting, vitamin B, vitamin D, dan mineral seperti zink, magnesium, dan besi. Pengambilan nutrisi yang bertepatan dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan dengan kesihatan mental seperti tekanan, kemurungan dan ketakutan atau kebimbangan yang melampau (anxiety).

Di Shaklee, kami menawarkan beberapa suplemen yang membantu memenuhi keperluan nutrisi utama untuk minda. Selain kesihatan tubuh badan, kesihatan mental atau minda juga sama penting dan perlu dijaga.

OmegaGuard atasi masalah mental di malaysia

OmegaGuard™ merupakan minyak ikan tulen yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk masalah kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit skizofrenia.

b-complex atasi masalah mental di malaysiaB-Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Pengambilan B-Complex setiap hari dapat membantu meningkatkan kesihatan fungsi saraf, sekaligus melegakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Ia juga membantu meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman.

ostematrix atasi masalah mental di malaysia

OsteMatrix™ adalah diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Formulanya unik mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. Selain sangat bagus untuk kesihatan gigi dan tulang, Ostematrix juga membantu meringankan stress atau tekanan. Ianya menyeimbangkan tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenag saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki masalah jantung berdebar, gementar, mimpi buruk, kemurungan, perubahan mood dan sakit kepala.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplemen Shaklee?

Hubungi terus saya Ainiza melalui Whatsapp +6019-7291154

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian terus melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi eksklusif serta panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.

Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.

Pengedar Shaklee Pekan Nanas Pontian

Hidup Sihat Hidup Ceria

Amalkan Suplemen Pelaburan Kesihatan Berbaloi
 
Ainiza Hamidon 
SID No. 1204686 
 
Call | Sms | Whatsapp
 
Pengedar Sah Shaklee 
COD Pekan Nanas Pontian
Penghantaran POS Seluruh Malaysia

 

Facebook Comments

Hubungi Saya:

Pengedar Shaklee Pekan Nanas

YOUTH™ Skincare

YOUTH Shaklee Produk Kecantikan Muka Terbaik Selamat Berkesan

Shakleebaby™

Shaklee Baby

CoQ-Trol Plus

CoQ-Troll Plus

Jom Shaklee!

Web Stats

  • 1
  • 4
  • 133
  • 107,969