9 Manfaat Omega-3 Untuk Ibu Hamil. Penting Untuk Perkembangan Bayi.

manfaat omega-3 untuk ibu hamil & bayi

Tahukah kita kepentingan manfaat Omega-3 untuk ibu hamil? Pengambilan Omega-3 dalam makanan bukan sahaja dapat menyokong kesihatan ibu sepanjang kehamilan, malah ia juga membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi sejak dalam kandungan lagi.

Omega-3 merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita. EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid) adalah 2 jenis asid lemak utama dalam Omega-3 yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Asid lemak Omega-3 daripada asas tumbuhan iaitu ALA (alpha-linolenic acid)  pula tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh tubuh kita.

Manfaat Omega-3 Untuk Ibu Hamil : Mengawal Tekanan Darah Berlebihan 

  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang
  • Menggalakkan tempoh kehamilan optimum
  • Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat pre-eklampsia
    (tekanan darah tinggi semasa kehamilan)

Omega-3 Penting Untuk Perkembangan Bayi

  • Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta.
  • Untuk perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika janin.
  • Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi.
  • Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan.
  • Menggalakkan perkembangan saraf otak.
Baca Juga  Cara Hilangkan Sakit Lutut Dengan Berkesan Untuk Elakkan Masalah Osteoarthritis

Kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan ibu yang tidak mengambil makanan tambahan [2].

Bagaimana Mendapatkan Asid Lemak Omega-3?

Kita boleh memperolehi asid lemak Omega-3 daripada sumber ikan atau pati minyak ikan. DHA dan EPA paling terbaik boleh didapati daripada ikan berlemak, seperti salmon segar, ikan hering, makarel, sardin dan tuna.

manfaat omega-3 untuk ibu hamil_sumber makanan

Dengan mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan berlemak setiap minggu, kita akan mendapat keperluan DHA dan EPA Omega-3 yang mencukupi setiap minggu.

Selain itu, Omega-3 juga boleh diperolehi dengan mengambil makanan seperti rumpai laut, telur, susu, yogurt dan jus tumbuh-tumbuhan.

Bagaimanapun Omega-3 daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, minyak, produk soya tidak dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi berbanding Omega-3 daripada sumber ikan berlemak.

SID No. 1204686
 
Call | Sms | Whatsapp
 
COD Pekan Nanas Pontian
Penghantaran POS Seluruh Malaysia

Facebook Comments

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Saya:

Pengedar Shaklee Pekan Nanas

YOUTH™ Skincare

YOUTH Shaklee Produk Kecantikan Muka Terbaik Selamat Berkesan

Shakleebaby™

Shaklee Baby

CoQ-Trol Plus

CoQ-Troll Plus

Jom Shaklee!

Web Stats

  • 0
  • 2
  • 15
  • 96,277