Cara Sembuhkan Kulit Melecur Ringan. 5 Langkah Rawatan Kecemasan Yang Perlu Dibuat.

Kemalangan kecil yang melibatkan kulit melecur ringan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di dalam dan persekitaran rumah kita.

Anak-anak kecil mahu pun kita orang dewasa tanpa sengaja boleh mengalami kulit melecur akibat terkena air panas, minyak panas atau juga terpegang objek yang panas.

5 Langkah Rawatan Kecemasan Untuk Kulit Melecur Ringan

Kulit melecur ringan boleh dirawat segera di rumah. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda atau si anak kecil terkena benda panas.

(Sumber Rujukan : Artikel yang ditulis oleh Nazurah Hassan)

#1 – Kurangkan Kesakitan, Basahkan Dengan Air Paip 

Apabila terkena benda panas dengan segera terus basahkan anggota yang terlibat dengan menggunakan air paip yang mengalir selama sekurang-kurangnya 5-10 minit. Jika melibatkan anggota yang besar seperti badan, duduk di bawah pancuran air bilik mandi selama sekurang-kurangnya 20 minit atau sehingga kesakitan tidak lagi dirasai.

basahkan kulit melecur dengan air paip mengalir

Sekiranya kesakitan masih belum lega, buat tuaman dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air sejuk. Elakkan daripada menggunakan ais secara langsung kerana terdapat sumber mengatakan ia boleh menghalang pengaliran darah dan seterusnya menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu yang sensitif.

#2 – Tanggalkan Pakaian Yang Terkena Panas

Tanggalkan pakaian atau barang kemas yang terkena benda panas dengan serta-merta supaya kulit dapat disejukkan sebelum ia melecur lebih teruk. Kadangkala, ada ibubapa yang panik terus bergegas membawa anak ke klinik tanpa menanggalkan pakaian atau barang kemas anak mereka terlebih dahulu.

#3 – Elak Lakukan Petua Yang Pelik

Selalu kita dengar petua yang agak pelik untuk merawat kulit melecur. Antaranya seperti menggunakan tepung, ubat gigi, kicap dan sebagainya. Petua sebegini mungkin berkesan untuk orang dewasa, tetapi mungkin lagi memburukkan kesan melecur terutamanya pada kulit si anak kecil.

Jadi, kaedah ini tidak boleh dijadikan ‘first aid’ atau langkah kecemasan pertama. Sebaik-baiknya lakukan langkah 1 atau langkah 2 terlebih dahulu.

#4 – Jika Kesan Melecur Menggelembung Atau Melepuh

Selepas beberapa hari, kesan kemerahan kulit melecur akan berkurangan. Bagaimanapun mungkin ada yang akan menggelembung atau melepuh. Sapukan ubat antiseptik di kawasan kulit melecur dan balutkan dengan non-stick bandage secara longgar.

kulit melecur gelembung udara

Jangan sesekali memecahkan kesan gelembung tersebut kerana ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk.

Baca Juga  Penyakit Tiroid (Hyperthyroid) Sudah Stabil, Tak Perlu Bergantung Dengan Ubat Lagi
#5. Berjumpa Doktor Sekiranya Bertambah Teruk

Kesan kulit melecur ringan biasanya boleh sembuh dengan cepat. Kemungkinan dalam masa sehari atau juga beberapa minggu, bergantung kepada keadaan kesan lecuran.

Perhatikan kawasan yang tercedera, adakah ia semakin sakit, bengkak, menjadi bertambah merah, berbau, atau semakin merebak. Jika ya, segera untuk mendapatkan rawatan doktor kerana kemungkinan ia adalah tanda-tanda jangkitan yang lebih serius.

Cara Sembuhkan Kulit Melecur Ringan Yang Selamat Dan Berkesan.

Pengalaman saya sendiri, memang selalu tanpa sengaja terkena benda yang panas seperti terpegang kuali panas atau juga minyak panas terpercik dan terkena pada kulit.

Saya memang akan cepat-cepat basahkan kawasan yang terkena panas dengan air paip yang mengalir sehingga rasa panas dan sakit berkurangan.

Selepas beberapa jam atau besoknya, kesan kulit melecur kadang-kadang akan jadi merah atau naik gelembung. Seterusnya akan jadi luka yang agak memedihkan.

Apatah lagi kita sebagai surirumah perlu melakukan banyak kerja-kerja seperti membasuh pinggan dan sebagainya. Bila dah jadi luka, memang mengambil masa lama sedikit untuk sembuh.

Sejak saya menggunakan produk Shaklee, saya mula tahu ada sejenis krim yang selamat untuk sembuhkan kulit melecur dengan cepat dan berkesan.

herbal blend untuk rawat kulit melecur

Herbal Blend Cream ini memang sentiasa ada dalam simpanan saya. Setiap kali berlaku insiden seperti tadi, selepas basahkan kawasan yang terkena panas dengan air paip yang mengalir, segera saya sapukan pula dengan Herbal Blend Cream.

Alhamdulillah, rasa sakit dan panas cepat berkurangan. Dan yang paling saya syukur kulit saya tidak jadi merah dan menggelembung seperti kebiasaannya. Saya sangat menyarankan supaya setiap rumah ada Herbal Blend Cream untuk rawatan kecemasan terutamanya untuk kulit melecur ringan.

Keistimewaan Herbal Blend Cream Shaklee.

Herbal Blend Cream merupakan krim pelbagai guna yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit bayi dan masalah kulit sensitif atau eczema.

Krim ini telah diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki.

Ia diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan seperti sage leaf, horse chestnut seed, yarrow dan rosemary leaf.

erbal blend cream cara sembuhkan kulit melecur ringan

Antara manfaat Herbal Blend Cream adalah:

  • Melembutkan kulit dan tumit kasar
  • Merawat ruam susu, ruam panas, lampin, ruam pada muka dan kepala
  • Menghilangkan luka dan merawat eczema
  • Melegakan gigitan serangga atau nyamuk
  • Merawat kulit gatal
  • Menghilangkan parut jerawat dan parut chicken pox
  • Losyen harian untuk kulit kering
  • Krim urut badan lenguh
  • Merawat kesan luka melecur
  • Melegakan badan dan kepala ketika tidak sihat
Baca Juga  Anak Susah Makan Ubat. Ibu Ini Kongsi Penyelesaian Mudah!

Testimoni : Luka Akibat Melecur Pada Tangan Anak Beransur Sembuh Selepas Disapu Krim Herbal Blend Shaklee

anak kulit melecur

Anak adalah anugerah Allah. Bila si anak terluka sikit, pedihnya hati ibu susah untuk diungkapkan. Lagi-lagi apabila ianya berlaku ketika kita tidak bersama mereka.

Saya bekerja dan anak tinggal bersama babysitter. Luluh hati bila dimaklumkan oleh babysitter tangan anak saya iaitu Izzah (setahun dua bulan) melecur terkena kuah panas.

Saya ikhtiar, sapukan Herbal Blend Shaklee serta merta. Hari keempat sapu, saya dan suami agak resah sebab nampak luka makin basah. Tapi atas nasihat upline Shaklee saya iaitu Nur Salwa menyarankan untuk terus sapu Herbal Blend tersebut, kami teruskan. Anak pun selesa. Krim yang selamat dan tidak memedihkan.

Alhamdulillah. Semakin hari semakin cantik kulit Izzah. Ternyata krim Herbal Blend Shaklee sesuai untuk mengubati kulit Izzah yang melecur terkena kuah panas. Tragedi yang pedih tapi lega apabila melihat kulit Izzah pulih seperti biasa.

Herbal Blend Shaklee harga mampu milik dan beri kesan yang terbaik.

Satu Rumah Satu Herbal Blend.

Siti Nurfizah Bt, Ahmad

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Herbal Cream Shaklee?

Hubungi terus saya Ainiza melalui Whatsapp +6019-7291154

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian terus melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi eksklusif serta panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.

Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.

Pengedar Shaklee Pekan Nanas Pontian

Hidup Sihat Hidup Ceria

Amalkan Suplemen Pelaburan Kesihatan Berbaloi
 
Ainiza Hamidon 
SID No. 1204686
 
Call | Sms | Whatsapp
 
Pengedar Sah Shaklee
COD Pekan Nanas Pontian
Penghantaran POS Seluruh Malaysia

 

Facebook Comments

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Saya:

Pengedar Shaklee Pekan Nanas

YOUTH™ Skincare

YOUTH Shaklee Produk Kecantikan Muka Terbaik Selamat Berkesan

Shakleebaby™

Shaklee Baby

CoQ-Trol Plus

CoQ-Troll Plus

Jom Shaklee!

Web Stats

  • 0
  • 168
  • 185
  • 83,860