Ibu Menyusu Cepat Letih. Baca Tips Untuk Kekal Cergas Sepanjang Hari.

Ibu menyusu cepat letih. Betul! Proses penyusuan memang memerlukan banyak tenaga (kalori). Ibu menyusu perlu mengambil kalori yang lebih tinggi iaitu purata 450-550 kalori, untuk menampung keperluan tenaga sendiri dan juga menghasilkan susu lebih banyak untuk bayi.

punca ibu menyusu cepat letih

Pengalaman saya sendiri, menyusukan anak pertama memang sangat letih dan agak stress. Saya kurang pengetahuan ketika itu, hampir-hampir hilang sabar bila si kecil asyik menangis tak puas menyusu, sedangkan saya bertambah letih dan tak dapat rehat secukupnya.

Kurang Rehat Antara Punca Ibu Menyusu Cepat Letih

Berikut adalah antara punca utama ibu menyusu cepat letih

  • Kurang Darah Merah (Anemia)

Selepas melahirkan, kemungkinan ibu boleh mengalami kekurangan sel darah merah (anemia). Hal ini disebabkan  darah nifas atau pendarahan yang banyak. Ibu menyusu cepat letih dan lemah apabila zat besi (iron) dalam darah semakin rendah. Sedangkan sel darah merah yang cukup sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh organ.

  • Bayi Menyusu Kerap Dan Lama

Bayi yang tidak puas menyusu akan mengambil masa yang lama untuk kenyang. Dan lebih kerap ibu terpaksa menyusukan bayi tersebut. Hal ini boleh menyebabkan ibu tidak mendapat rehat yang cukup.

  • Tidak Cukup Tidur

Selain tidak cukup rehat, ibu menyusu juga kurang tidur. Sebenarnya semasa bayi sedang tidur, ibu juga perlu tidur dan berehat sekejap. Bagaimanapun, ramai ibu yang mengambil peluang untuk menyelesaikan banyak tugasan lain terlebih dahulu, sehingga lupa untuk berehat sebelum menyusukan bayi semula.

  • Emosi Tidak Stabil

Tekanan emosi yang tidak stabil akan memberikan kesan kepada fizikal seperti mudah hilang selera makan, mudah sakit kepala dan badan tidak cukup tenaga disebabkan diet yang tidak seimbang.

  • Kurang Minum Air

Kurang minum air boleh menyebabkan dehidrasi, mudah rasa lemah dan cepat letih. Juga boleh menyebabkan sakit kepala serta emosi boleh terganggu.

8 Tips Ibu Menyusu Kekal Cergas Sepanjang Hari

Masalah ibu menyusu cepat letih memang perlu diatasi segera supaya ia tidak membantutkan proses penyusuan bayi. Ia boleh menganggu emosi menjadi tidak stabil, seperti cepat marah, kurang bersemangat dan putus asa.

Pada peringkat awal penyusuan terutama pada 6 bulan pertama, ianya memang agak mencabar. Ini kerana bayi yang baru lahir masih dalam proses penyesuaian. Manakala, ibu yang pertama kali mempunyai bayi, masih kurang pengetahuan dan pengalaman.

Berikut 8 tips membantu ibu menyusu cepat letih untuk kembali ceria, cergas dan bertenaga!

  1. Perlu mengubah rutin harian yang biasa supaya dapat memberikan penyusuan yang eksklusif untuk bayi. terutamanya bagi tempoh tiga hingga enam bulan pertama.
  2. Ketika sedang menyusukan bayi, pengeluaran hormon prolaktin akan membuat ibu merasa mengantuk. Gunakan peluang untuk berehat dan tidur sekejap semasa bayi sedang tidur.
  3. Ibu menyusu harus tidur lebih awal dan rehat secukupnya supaya dapat bangun pada malam hari untuk menyusukan bayi. Bayi akan kerap bangun untuk minum susu. Pola tidur terutamanya bayi yang baru lahir masih belum tetap.
  4. Minum air yang cukup supaya tidak mengalami dehidrasi, letih, lemah atau sakit kepala.
  5. Ambil multivitamin termasuk zat besi dalam diet harian ibu supaya badan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.
  6. Ambil makanan berkhasiat termasuk yang tinggi protein dan kalsium. Selain membekalkan tenaga, ia juga membantu untuk menghasilkan susu yang banyak.
  7. Belajar dan fahami bahasa tubuh bayi. Semasa terjaga luangkan masa bermain-main dengan bayi, secara langsung dapat memahami bahasa komunikasi bayi. Ini juga dapat merehatkan dan menenangkan ibu yang keletihan.
  8. Belajar cara penyusuan yang betul supaya bayi dapat minum susu dengan baik. Posisi yang selesa dapat mengurangkan keletihan ibu menyusu.
Baca Juga  My Bff Journey : Pengalaman Menyusukan Anak Pertama, Kisah Yang Penuh Keazaman!

Set Penyusuan Eksklusif Elak Ibu Menyusu Cepat Letih

Sama seperti semasa hamil dan berpantang, ibu yang menyusukan bayi amat digalakkan untuk mengambil suplemen atau nutrisi tambahan.

Di Shaklee, kami menawarkan set penyusuan eksklusif bagi menyokong keperluan nutrisi ibu yang berazam ingin menyusukan bayi secara eksklusif.

Set suplemen ini juga bukan sahaja membantu  menghasilkan susu yang banyak, malah ia juga berfungsi untuk memastikan kesihatan ibu menyusu lebih baik, lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari.

Selain itu, set suplemen ini juga dapat membantu ibu mengembalikan bentuk tubuh dan berat badan yang ideal. Kulit dan wajah juga akan kelihatan lebih bersih dan berseri-seri.

set penyusuan eksklusif elak ibu menyusu cepat letih

Set premium penyusuan eksklusif ini mengandungi 6 jenis suplemen iaitu:

  1. Vitalea Iron Formula
  2. Vitamin C
  3. B complex
  4. Ostematrix
  5. ESP
  6. Alfalfa

Bagaimanapun, ibu menyusu juga boleh mengambil sekurang-kuranngnya 4 jenis suplemen yang asas iaitu:

  1. Vitalea Iron Formula
  2. Vitamin C
  3. B complex
  4. Ostematrix

Selamat dan berkesankah suplemen Shaklee untuk ibu menyusu? Ya! suplemen Shaklee telah terbukti selamat dan berkesan membantu ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Lebih USD250 juta telah dilaburkan setiap tahun untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.

Pihak Shaklee telah menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan, 100,000 ujian kualiti produk setiap tahun dan 23,000 ujian keaslian dan keselamatan pada setiap tahun. Hanya bahan semulajadi yang paling tulen dan asli digunakan dalam ramuan Shaklee.

Pengalaman Ibu Menyusu Yang Bekerjaya. Mudah Letih, Emosi Tidak Stabil Dan Masalah Kulit Wajah Kusam

Assalamualaikum

Nama Kak Enan, Noor Hartini Binti md Saad, seorang ibu bekerja yang mempunyai 4 permata hati. Kak Enan ingin berkongsi pengalaman Kak Enan ketika sebelum mengenali Shaklee dan setelah mengambil vitamin Shaklee ini.

testimoni set penyusuan eksklusif elak ibu menyusu cepat letih

Seriuosly dulu Kak Enan memang tidak suka ubat biji tapi bukan bermaksud Kak Enan susah makan ubat, bab makan ubat tu senang saja. Ambil ubat masuk mulut telan saja, kan senang je kan. Cuma kerisauan akan effect terhadap buah pinggang itu membuatkan Kak Enan sangat berhati-hati nak makan ubat mahupun vitamin.

Apa yang menyebabkan Kak Enan mula mencari vitamin ialah disaat ada anak pertama. Sebagai ibu bekerjaya yang ingin menyusukan anak secara eksklusif memerlukan antibodi dan ketahanan imun yang kuat.

Malah apabila Kak Enan mula mengandung anak kedua pada jarak yang dekat iaitu berbeza setahun sahaja kesihatan mula kurang memuaskan. Terutama badan cepat letih, emosi kurang stabil dan kulit wajah yang semakin kusam. Sepanjang kehamilan memang kerap MC dan cuti rehat kerana asyik tidak sihat dan cepat letih.

Selepas bersalin anak kedua, keadaan Kak Enan makin worst. Badan sangat cepat letih, balik dari kerja hanya mahu mandi dan tidur saja kalau mengikut hati. Kulit muka dan wajah memang sangat kusam dan emosi pun mudah sangat tersentuh mahupun tak stabil.

Lalu Kak Enan disarankan oleh officemate mencari supplement. Waktu tu kesedaran tentang makanan tambahan atau vitamin ini tiada dalam kamus hidup lagi.

Atas saranan kawan tu Kak Enan pun pergi ke farmasi dan cari multivitamin yang dikatakan membantu memberi energy dan pulihkan tenaga. Jadi membelilah Kak Enan vitamin yang disarankan oleh ahli farmasi yang berharga sebiji RM 2.00 sebanyak 20 biji, ala yg boleh repack tu.

Sayangnya selepas seminggu consume, yang paling kurang best Kak Enan alami adalah jadi sembelit teruk huhu energy tu Alhamdulillah, ok la, tapi akibat sembelit teruk terus Kak Enan stop ambil vitamin tu.

Rugilah kan dah beli vitamin mahal tapi tak makan dah atas faktor tiada siapa yang nak hendak dibuat rujukan lagi tentang tu. Pastu terus Kak Enan tak amik apa-apa supplement. Sehinggalah sedang mengandung anak ke 3. Saat tu Fb sangat familiarlah digunakan.

Terlihat junior UTM yg seringkali berkongsi tentang vitamin Shaklee ni. Berjinak-jinak Kak Enan mengambil info darinya dan selepas bersalin hampir 6 bulan selepas itu Kak Enan mula mengambil vitamin Shaklee ni untuk Set Kesihatan Asas dan Set Menyusu untuk tingkatkan pengeluaran susu.

Alhamdulillah.. terasa kelainannya apabila mula mengambil Set Asas bersama Set Menyusu ini iaitu Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Lecithin, Ostematrix dan Alfalfa.

Badan semakin ringan dan kurang rasa letih kerana balik dari kerja Kak Enan mampu lagi memasak untuk makan malam dan buat persiapan anak-anak sambil buat hobi Kak Enan iaitu menjahit. Alhamdulillah.. mata sembab dan kulit kusam juga semakin hari semakin hilang. Kak Enan sangat happy.

Apa yang memeranjatkan Kak Enan berat Kak Enan selepas 6 bulan mengamalkan vitamin ini boleh kembali kepada berat Kak Enan sebelum kahwin. Dari angka hampir ke 6 puluh dapat angka 4 puluh balik memang membuatkan hati sangat-sangat happy OK. Itupun setelah ada anak 3 tu. Amazing kan?

Syukur Alhamdulillah Kak Enan tak perlu risau masalah selulit, sembelit mahupun berat yang semakin naik setelah konsisten amalkan set ini. Malah Kak Enan dapat menyusukan anak Kak Enan yang ke-3 sehingga dia berusia 3 tahun. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan dan pertemukan Kak Enan untuk menyelesaikan masalah Kak Enan yang bekerjaya ini.

Sewaktu mengandung anak ke-4 memang fully Het hamil Kak Enan amalkan dan sememangnya sangat ketara berbeza saat hamil dahulu dan anak ke-4 ini. Sehingga kini Kak Enan masih menyusu anak ke-4 yang berusia setahun 6 bulan. Alhamdulillah.

Kepada ibu yang bekerjaya diluar sana yang mudah penat, letih dan mengalami emosi yang kurang stabil, Kak Enan sangat syorkan ambil vitamin Shaklee Set Asas ini untuk mempertingkatkan kesihatan diri kita sebagai ibu. Kalau tidak kita yang sayangkan diri kita siapa lagi kan.

NOOR HARTINI BT. MD SAAD

Baca Juga Artikel

Baca Juga  Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat : Apa Yang Ibu Perlu Buat Elak Mastitis

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Set Penyusuan Eksklusif Shaklee?

Hubungi terus saya Ainiza melalui Whatsapp +6019-7291154

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian terus melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi eksklusif serta panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.

Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.

Pengedar Shaklee Pekan Nanas Pontian

Hidup Sihat Hidup Ceria

Amalkan Suplemen Pelaburan Kesihatan Berbaloi
 
Ainiza Hamidon 
SID No. 1204686
 
Call | Sms | Whatsapp
 
Pengedar Sah Shaklee
COD Pekan Nanas Pontian
Penghantaran POS Seluruh Malaysia

Facebook Comments

Have any Question or Comment?

3 comments on “Ibu Menyusu Cepat Letih. Baca Tips Untuk Kekal Cergas Sepanjang Hari.

bertabah lah wahai ibu… walaupun penat tapi ia myeronokkan

Reply
Ainiza

betul puan..penat tapi menyeronokkan 🙂 sebab itu ibu menyusu perlukan nutrisi terbaik untuk kekal sihat supaya dapat berikan penyusuan bayi yang eksklusif.

Reply

Seimbangkan keluar dan masuk nutrisi.

Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Saya:

Pengedar Shaklee Pekan Nanas

YOUTH™ Skincare

YOUTH Shaklee Produk Kecantikan Muka Terbaik Selamat Berkesan

Shakleebaby™

Shaklee Baby

CoQ-Trol Plus

CoQ-Troll Plus

Jom Shaklee!

Web Stats

  • 0
  • 14
  • 21
  • 60,610