Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat : Apa Yang Ibu Perlu Buat Elak Mastitis

Ketahui cara atasi saluran susu tersumbat dengan segera. Apakah yang ibu perlu lakukan supaya pengaliran susu menjadi lebih lancar.

Ibu yang menyusukan bayi terutamanya pada 6 bulan pertama mudah mengalami masalah saluran susu tersumbat. Saya sendiri juga pernah mengalami masalah ini. Ianya memang menyakitkan dan perlu diatasi segera supaya tidak terjadinya bengkak susu, bertambah teruk serta boleh mengakibatkan mastitis iaitu radang kelenjar susu.

Punca Saluran Susu Ibu Tersumbat

  • Produksi susu ibu jauh lebih banyak daripada susu yang dihisap oleh bayi.
  • Bayi tidak menyusu secara rutin dan teratur.
  • Lubang puting tersumbat dengan ‘milk blister’ atau bintik putih.
  • Tekanan yang berlebihan pada payudara terutamanya semasa mengepam susu, bra yang terlalu ketat serta posisi tidur atau baring yang tidak betul.
  • Stress, letih, sistem imun lemah serta masalah anemia.

Kesan Saluran Susu Ibu Tersumbat

  • Sakit dan terdapat gumpalan keras pada payudara.
  • Pengaliran susu tidak lancar, sehingga bayi menolak daripada menyusu di payudara tersebut.
  • Boleh menyebabkan bengkak susu serta demam. Sekiranya demam perlu berhati-hati supaya tidak terjadinya mastitis iaitu radang kelenjar susu.

7 Langkah Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat

#1 – Tuam payudara untuk memecahkan susu yang sudah membeku supaya mudah dipam. Gunakan tuala yang diperah dengan air suam atau boleh juga gunakan tungku elektrik yang biasanya digunakan untuk tuam perut. Elakkan menekan payudara terlalu kuat sebaliknya lakukan tuam dengan berhati-hati pada tempat yang ada gumpalan keras.

Tungku Elektrik

#2 – Selepas dituam, pam susu sambil membuat urutan membulat seperti pemeriksaan payudara pada kawasan yang ada gumpalan keras. Juga minta bantuan suami untuk membuat urutan pada urat belikat. Ini dapat melancarkan saluran susu sekaligus melegakan badan.

Baca Juga  7 Cara Atasi Kaki Cramp Semasa Mengandung.

#3 – Menyusukan bayi terus pada payudara tersebut sekerap yang mungkin.

#4 – Perah atau pam susu apabila bayi kurang menyusu supaya payudara sentiasa dapat dikosongkan serta mengelakkan bengkak susu.

#5 – Periksa dan cuci payudara terutamanya di kawasan puting dan areola. Lubang puting yang tersumbat dengan ‘milk blister’ atau bintik putih perlu dibersihkan.

#6 – Pakai bra menyusu yang sesuai tidak terlalu ketat sehingga memberi tekanan pada payudara. Pakaian juga sebaiknya longgar dan selesa untuk menyusukan bayi.

#7 – Rehatkan badan serta tidur secukupnya supaya dapat menyusukan bayi dengan sebaiknya. Banyakkan minum air suam bagi mengelakkan dehidrasi.

Suplemen Untuk Atasi Saluran Susu Tersumbat

Pakar penyusuan mencadangkan ibu menyusu turut mengambil suplemen Lecithin sebagai cara atasi saluran susu tersumbat.

Lecithin sangat membantu menguraikan susu yang membeku dan tersekat pada saluran susu. Selalu kita dengar Lecithin ini diambil oleh mereka yang ingin kurus kan? Jadi, selain dapat atasi saluran susu tersumbat, ibu yang menyusukan juga boleh kembali ramping seperti sebelum mengandung kan! 🙂

Sementara itu pengambilan sekali dengan set penyusuan juga adalah amat digalakkan. Set lengkap ini membantu ibu sentiasa kekal sihat, cergas serta bertenaga. Yang menariknya pengambilan secara konsisten, membantu ibu mendapatkan semula berat badan yang ideal, kulit pun akan semakin sihat dan cantik!

KLIK untuk >> Set Penyusuan Shaklee

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplemen Shaklee?

Hubungi terus saya Ainiza melalui Whatsapp +6019-7291154

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian terus melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi eksklusif serta panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.

Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.

Baca Juga  Luka Bersalin Cepat Sembuh, Kulit Semakin Cantik Berseri

Pengedar Shaklee Pekan Nanas Pontian

Hidup Sihat Hidup Ceria

Amalkan Suplemen Pelaburan Kesihatan Berbaloi
 
Ainiza Hamidon 
SID No. 1204686 
 
Call | Sms | Whatsapp
 
Pengedar Sah Shaklee 
COD Pekan Nanas Pontian
Penghantaran POS Seluruh Malaysia

 

 

Facebook Comments

Have any Question or Comment?

One comment on “Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat : Apa Yang Ibu Perlu Buat Elak Mastitis

[…] Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat : Apa Yang Ibu Perlu Buat Elak Mastitis […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Saya:

Pengedar Shaklee Pekan Nanas

YOUTH™ Skincare

YOUTH Shaklee Produk Kecantikan Muka Terbaik Selamat Berkesan

Shakleebaby™

Shaklee Baby

CoQ-Trol Plus

CoQ-Troll Plus

Jom Shaklee!

Web Stats

  • 1
  • 4
  • 21
  • 60,600