Atasi Anxiety Disorder : Lelaki Ini Kongsi Cara Mengatasi Ketakutan Melampau

atasi anxiety disorder

Anxiety disorder adalah salah satu daripada masalah mental yang disebabkan gangguan kebimbangan atau kerisauan atau juga ketakutan yang berlebih-lebihan.

atasi anxiety disorder

Ramai sebenarnya di kalangan masyarakat kita yang mengalami anxiety disorder. Ia perlu dirawat supaya tidak berlarutan dan menjejaskan kualiti hidup seseorang.

Kesan Buruk Anxiety Disorder Yang Tidak Dirawat

Anxiety disorder boleh memberi kesan kemurungan, sedih tanpa sebab, sering cemas tanpa punca yang jelas, gelisah, mudah marah, berasa rendah diri yang sangat ketara, rasa bersalah tidak bertempat serta rasa tidak berupaya langsung.

Pesakit anxiety disorder juga mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian, mengingati maklumat dan juga berasa sangat sukar untuk membuat keputusan.

Akibat berasa rendah diri yang sangat ketara, pesakit anxiety disorder suka mengasingkan diri daripada bergaul dengan rakan-rakan. Lebih parah lagi mereka boleh bertindak mahu membunuh diri.

Selain memberi kesan buruk kepada kesihatan mental, anxiety disorder juga boleh mengakibatkan kesihatan fizikal turut terganggu. Pesakit akan kerap mengalami sakit kepala, sukar tidur, tidak bertenaga, tidak berselera makan, berat badan turun mendadak serta masalah penghadaman yang kronik.

Tanda-Tanda Anxiety Disorder

  • rasa takut
  • berdebar-debar
  • panik tanpa sebab
  • tiba-tiba pengsan
  • sesak nafas
  • rasa nak pitam
  • perasaan gugup dan menggigil
  • sering berpeluh
  • rasa tidak selesa di bahagian dada
  • perasaan yang tidak menentu
  • rasa panas atau sejuk
  • sering rasa lemah
  • rasa takut hilang kawalan

3 Cara Atasi Anxiety Disorder

Punca utama anxiety order kebiasaannya disebabkan tekanan pekerjaan yang dilakukan. Memang ada sesetengah orang yang sangat suka akan cabaran dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilakukan.

Tanpa pengurusan diri yang betul, bebanan pekerjaan yang digalas boleh mengakibatkan tekanan. Kemudian lebih kronik perasaan cemas atau panik datang  seterusnya tercetuslah gejala-gejala anxiety disorder seperti yang dinyatakan sebelum ini.

3 langkah cara atasi anxiety disorder supaya fikiran lebih tenang dan pekerjaan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya :

#1 – Mengamalkan Cara Hidup Sihat

Kesibukan kerja menyebabkan ramai di kalangan kita kurang mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Jaga pemakanan dengan mengambil nutrisi yang seimbang. Luangkan juga masa untuk beriadah dan mengekalkan berat badan yang ideal. Pastikan juga diri mendapat tidur dan rehat yang cukup.

#2 – Rancang Masa Dengan Baik

Bebanan kerja yang banyak sebaiknya perlu dilaksanakan mengikut masa tertentu. Rancang masa dengan sebaiknya supaya tidak menimbulkan perasaan cemas dan huru-hara untuk menyiapkan semua kerja dalam satu masa.

#3 – Mengamalkan Cara Hidup Islam 

Paling utama untuk mencapai ketenangan fikiran ialah memastikan perkara-perkara wajib dilaksanakan terlebih dahulu. Sebagai contoh walaupun banyak kerja yang perlu dilakukan, solat di awal waktu akan memudahkan segala urusan pekerjaan duniawi kita.

“Sesungguhnya telah berbahagialah mereka yang menyucikan dirinya dan sentiasa mengingati Allah, lalu ia mengerjakan solat.”

[Al-A’laa: 143-15]

Selain itu, perbanyakkan doa dan zikir kepada-Nya. Moga-moga segala kesulitan akan dipermudahkan.

Baca Juga >> 12 Langkah Menjaga Kesihatan Mental

Atasi Anxiety Disorder : Lelaki Ini Kongsi Cara Mengatasi Ketakutan Melampau

Lelaki ini adalah salah seorang yang pernah mengalami anxiety disorder dan telah berjaya pulih. Beliau kini kembali menjalani kehidupan yang normal dan lebih sihat.

Baca perkongsian ini bagaimana beliau atasi anxiety disorder yang ternyata telah memberi banyak perubahan positif kepada diri beliau.

atasi anxiety disorder

Anxiety Disorder – Bagaimana Aku Mengatasinya?

Aku dah lama amalkan makan supplement ni sejak umur 20an. Lebih kurang 18 tahun mcm tu. Dulu aku ambil Spirulina, minyak ikan dan vitamin C setiap hari. Sebulan sekali aku detox badan untuk 3 hari. Kalau first time buat detox buat 7 hari ye…Masa tu tak kenal Shaklee so aku detox guna brand Y.

Maybe tu muka dan badan awet muda kot. Kalau travelling gi mana-mana memang orang akan ingat budak baru nak masuk U walapun dah jadi bapak budak. 😊😊😊

Di awal 20an aku dah dapat kerja yang baik (swasta) coz takde rezeki ngan gomen. Setiap tahun aku dapat kenaikan pangkat dan berpindah ke Company lain untuk meluaskan pengalaman aku. Bebanan kerja semakin berat. Yes…aku masih amalkan supplemen tapi dalam masa yang sama aku dah create new bad habits dalam kamus hidup aku.

Aku menjadi perokok tegar dan selalu skip makan. Coz masa aku banyak terluang dalam kapal terbang traveling dan jumpa clients…aku always skip my meals. Hidup aku hanya bergantung kepada air putih. Nescafe jadi makanan harian aku. Dalam 1 hari aku boleh minum 12 gelas nescafe 3 in 1 just to keep me awake sebab masa kerja aku tak sama dgn org kat ofis. Org kat ofis cuma kerja jam 8 hingga 5. Aku kerja 24 jam dan tidur 2 jam sehari sebab aku terpaksa respond to colleagues and clients mengikut time zone mereka.

I love and enjoy my works to the limits tapi dalam masa yg sama aku rosakkan sistem kekebalan tubuh badan aku secara perlahan2.

Rezeki aku dalam pekerjaan memang baik tapi bebanan semakin bertambah sehingga sampai satu tahap tu, aku rasa terlalu stress dan amik keputusan untuk kerja di kampung halaman.

Alhamdulillah aku dapat kerja di tempat sendiri. Masih travelling to oversea tapi tak sekerap dulu. Sebulan sekali macam tu. Kesihatan aku masa ni tengah merosot. Supplemen aku makan on and off tak konsisten macam dulu. Sehingga lah aku jatuh sakit pada Dec 2014.

1st time kena attack tu jantung aku sakit bebenar, nafas tersekat, berpeluh, tangan kaki sejuk, muka pucat, masa tu ingat masa dah tiba. Rasa menyesal tak spent banyak masa bersama keluarga. Menangis dlm hati minta Allah panjangkan umur agar dapat menebus kekurangan yg aku buat untuk diri aku dan keluarga.Terus masuk emergency ward. Lepas masuk drip, baru badan kembali normal. Masa tu doktor syak kena gastrik coz ujian darah dan ecg normal.

Sejak kejadian tu hidup aku berubah 360 darjah. Hampir setiap hari aku di serang benda yg sama. ER gomen dan swasta dah jadi rumah kedua aku. Nak bawa kereta pun aku tak mampu. Pergi tempat crowded atau solat jumaat memang aku kena serang.

Doktor dah habis idea apa penyebab sakit ni. 1 hospital swasta ni terang-terang tolak aku and refer my case pergi gomen hospital. Mereka cuma cakap kena GERD. Tapi nape sampai nak pengsan atau rasa nak mati setiap kali kena serang? Org lain pun ada GERD tapi tak lah sampai pengsan2 gitu.

Aku ketandusan petunjuk. Dalam masa yg sama ada juga yg cakap aku kena santau atau gangguan jin.

Then, aku pun pergi rawatan alternatif. Bab mandi dan minum air tu jgn sebut, naik kembung perut minum air. Jangan pikir aku tak percaya benda ghaib atau sihir sebab Allah dah bagitau kita ni tak bersendirian. Tapi takde perubahan.

Aku memang syak yang aku ada penyakit GERD coz cara hidup aku di masa lampau memang berkaitan. PENGSAN DAN TAKUT 24 JAM. Ini yg aku ingin cari jawabannya. Kenapa???

Aku masih kerja tapi ambil cuti tapi since aku punya masa kerja fleksible dan boleh kerja kat rumah, aku mula menjadi pengikut Mr. GOOGLE secara berjemaah. Aku spent berjam-jam setiap hari utk cari petunjuk tentang penyakit aku.

Aku mula lebihkan masa utk berzikir utk ketenangan dan memperbaiki solat aku untuk diberi petunjuk. Hehehe…mesti ada yg cakap selama ni tak solat ke??? Solat memang buat tapi kita sebagai manusia memang khilaf. Kadang-kadang solat tu hanya untuk cukupkan fardu kita sebagai Islam tetapi rukunnya, tertibnya, bacaannya semua kena perbaiki. Itulah yg aku tengah usahakan.

Alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Masa Google info awal Januari 2016 (masa ni aku dah setahun sakit dan berat badan turun dibawah paras underweight sebanyak 16 kg), aku menemui 1 blog member Shaklee pasal Anxiety Disorders.

Punyalah syok aku baca mengalah kan ambik exam kat U dulu. Semua tanda-tanda anxiety tu ada pada aku. Setelah baca blog tu aku buat review semua blog kat website pasal anxiety termasuk dari doktor professional seperti Dr. Zubaidi.

Majority mengesyorkan ambik Vit B-Complex, minyak ikan Omega 3, magnesium untuk rawatan Anxiety Disorders.

Selepas aku buat percaturan sendiri, aku ambil keputusan mencuba supplemen ni tetapi which brand?

Dalam masa setahun aku sakit memang aku dah cuba apa saja produk yg disyorkan termasuk cap ayam, kilang belakang rumah atau yg branded. You name it. Memang aku dah cuba. Setahun sakit tu aku dah spent almost 50K utk bil hospital dan beli produk2 alternatif.

Lepas aku buat keputusan nak mencuba produk Shaklee, aku google blog cari distributor Shaklee.

Aku amik Set Anxiety dan lepas 3 bulan pertama amalkan set ni, aku dah tak makan ubat hospital lagi dan Alhamdulillah tahap kesihatan aku bertambah baik. Aku teruskan pengambilan produk Shaklee sampai masa aku menulis entry ni.

Anxiety Disorders aku tetap ada coz penyakit ni ambik masa juga nak kasi sembuh tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur aku dah boleh nikmati balik kehidupan aku yang lalu dan sujud syukur Allah beri aku peluang untuk jaga kedua puteri aku dan ibu bapa aku. Sekarang ni dah masuk setahun lebih penyakit takde menyerang selepas amalkan set ni.

Sofian Mohamad

Adakah Anda Atau Rakan Sekerja Mengalami Anxiety Disorder?

Bantu diri sendiri atau rakan-rakan yang mengalami anxiety disorder. Minda kita memerlukan nutrisi utama seperti asid lemak tak tepu omega-3, asid amino penting, vitamin B, vitamin D, dan mineral seperti zink, magnesium, dan besi.

Baca Juga  Cara Terbaik Untuk Detox Usus Dengan Pantas Dan Selamat

Pengambilan nutrisi yang bertepatan dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan dengan kesihatan mental seperti tekanan, kemurungan dan ketakutan atau kebimbangan yang melampau (anxiety).

Di Shaklee, kami menawarkan beberapa suplemen yang membantu memenuhi keperluan nutrisi utama untuk minda. Selain kesihatan tubuh badan, kesihatan mental atau minda juga sama penting dan perlu dijaga.

OmegaGuard™ merupakan minyak ikan tulen yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk masalah kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit skizofrenia.

B-Complex mengandungi kesemua 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Pengambilan B-Complex setiap hari dapat membantu meningkatkan kesihatan fungsi saraf, sekaligus melegakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia. Ia juga membantu meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman.mengandungi kesemua 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik.

Baca Juga  Atasi Keletihan Melampau. Coenzyme Q10 Untuk Badan Lebih Bertenaga.

OsteMatrix™ adalah diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Formulanya unik mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron.

Selain sangat bagus untuk kesihatan gigi dan tulang, Ostematrix juga membantu meringankan stress atau tekanan. Ianya menyeimbangkan tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki masalah jantung berdebar, gementar, mimpi buruk, kemurungan, perubahan mood dan sakit kepala.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Set Anxiety Disorder?

Hubungi terus saya Ainiza melalui Whatsapp +6019-7291154

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian terus melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi eksklusif serta panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.

Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.

Pengedar Shaklee Pekan Nanas Pontian

Hidup Sihat Hidup Ceria

Amalkan Suplemen Pelaburan Kesihatan Berbaloi
 
Ainiza Hamidon 
SID No. 1204686 
 
Call | Sms | Whatsapp
 
Pengedar Sah Shaklee 
COD Pekan Nanas Pontian
Penghantaran POS Seluruh Malaysia

Facebook Comments

Have any Question or Comment?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Saya:

Pengedar Shaklee Pekan Nanas

YOUTH™ Skincare

YOUTH Shaklee Produk Kecantikan Muka Terbaik Selamat Berkesan

Shakleebaby™

Shaklee Baby

CoQ-Trol Plus

CoQ-Troll Plus

Jom Shaklee!

Web Stats

  • 1
  • 168
  • 282
  • 64,974