Pengalaman Anemia Disebabkan Haid Yang Banyak Serta Ketumbuhan Fibroid Dalam Rahim

anemia disebabkan haid yang banyak

Saya ingin berkongsi pengalaman sendiri berhadapan dengan masalah anemia disebabkan haid yang banyak serta ketumbuhan fibroid dalam rahim.

Punca Anemia Disebabkan Haid Yang Banyak – Saya Ada Fibroid dan Masalah Senggugut Yang Teruk 

Pada tahun 2011, saya mula mengalami masalah haid yang banyak dan tempoh masa yang panjang sehingga melebihi 14 hari. Saya juga mengalami senggugut yang amat teruk.

Setelah berjumpa doktor pakar, barulah saya tahu yang saya ada ketumbuhan fibroid dalam rahim sebesar 5cm. Memandangkan saya belum berkahwin dan belum pernah mengandung, doktor tidak mencadangkan saya buat pembedahan. 

Saya berkahwin pada tahun 2012, dalam usia yang sedikit lewat. Tahun pertama, saya belum hamil lagi. Kami pasangan suami isteri PJJ, saya di Selangor dan suami pula di Johor. Masa ni saya belum kenal sangat dengan produk-produk Shaklee. 

Saya bermula dengan mengambil suplemen Shaklee – Alfalfa dan GLA Complex seperti yang disyorkan. Tapi saya tidak konsisten pun pengambilannya. Akhirnya ia terbuang begitu saja. Baru-baru ni saya baru tahu, sebenarnya Alfalfa dan GLA Complex tidak sesuai untuk mereka yang ada ketumbuhan cyst dan fibroid.

Saya masih berjumpa doktor pakar setiap 3-4 bulan untuk memantau saiz fibroid dalam rahim. Doktor juga ada mencadangkan pengambilan suplemen untuk tambah darah dan folic asid.

Selepas setahun, saya balik Johor terus untuk tinggal dengan suami. Sejak itu, agak berbulan lamanya saya macam dah malas nak jumpa doktor. Bila datang senggugut yang teruk, saya cuma ambil ubat tahan sakit saja.

Disebabkan masalah haid bertambah teruk serta masih belum berjaya hamil, saya rujuk semula masalah dengan pakar HSA. Seingatnya 2 kali appointment, doktor bagi ubat tahan sakit PMS (saya tak ingat namanya) dan duphaston untuk betulkan tempoh period cycle yang panjang sehingga lebih 45 hari. Alhamdulillah, kesan ambil duphaston period cycle dah okay, antara 33-35 hari. Tapi, masalah senggugut tetap ada.

Masa 2nd appointment, ujian darah semua dah diambil dan suami pula kena beri sampel sperma beberapa minggu sebelum next appointment. Tapi suami tak buat pun. Sampailah masa appointment, terus kena marah dengan doktor.

Katanya selagi takde sampel dari suami, doktor tak boleh nak tentukan masalah saya tak boleh mengandung. Aduhai payahnya rasa masa tu, doktor tengok blood result saya. Hb cuma 6g/dL?! Macam mana you nak mengandung. Dalam hati, kena marah lagi. Doktor tengah emo, kita pun emo jugak  huhuuu sedihnya.

Allah Penentu Segala, Saya Terima Seadanya

“Kita tunggu dulu sampel dari suami you!” Kata Doktor. Saya akur dan tunggu appointment lagi 3 bulan. Sebelum tamat appointment hari tu, doktor scan perut macam biasa. Masa ni sebenarnya saya memang dah lewat datang period, tapi doktor scan & tak cakap apa-apa pun.

Hmmm tak mengandung lah kut! Dalam perjalanan balik dari hospital, cakap dengan suami. Bagusnya kalau saya dah pregnant la ni, tak payahlah abang nak buat sampel tu. Dalam hati doa jugak 🙂

Selepas seminggu, masih takde period jugak. Suami suruh buat UPT. Okay, beli kat farmasi. Masa tu dah petang, tapi try jugak lah. Hahhh.. Double line!? Betul ke nih. Terkejut ada, takut pun ada. Hihi besoknya terus pergi klinik nak confirmkan result sebenar. Dup dap dup dap…

Alhamdulillah Allah mendengar doa saya. Memang betul saya dah pregnant. Hmm akhirnya saya berjaya pregnant selepas 2 tahun kahwin. Syukur sangat-sangat.

Mulanya doktor tercari-cari kantung baby, ianya tersembunyi di belakang fibroid saya. Baiknya doktor ni, bagi semangat kat kita. Doktor bagi folic acid, masa tu masih terlalu awal dalam 5 minggu. Lagi berisiko dengan fibroid yang agak membesar.

Baca Juga  Masalah Susu Ibu Kurang. Nutrisi Tambahan Untuk Banyakkan Susu Ibu. Anak Kenyang, Ibu Senang Hati!

anemia disebabkan haid yang banyak serta ketumbuhan fibroid

Usia kandungan lebih 8 minggu, saya buat buku pink. Saya buat awal sebab saya perlu rujuk semula dengan pakar HSA. Tengok tu dalam gambar, baby dengan fibroid yang membesar sampai 8cm. 

Fasa Kehamilan Yang Sangat Mencabar

Hari pertama buat buku pink, Hb masih rendah iaitu 7g/dL. Saya memang tak sedar yang saya dah kurang darah sejak dulu, sebab heavily period lah. Lepas tu takde ambil apa-apa suplemen.

Saya cuma tahu, saya selalu sakit kepala dan cepat letih.  Kali ni saya, saya terpaksa kena masuk wad. Buat blood transfusion untuk pertama kali dalam hidup jadi penerima darah orang lain. 

Sepanjang hamil, kena makan ubat tambah darah – Iberet Folic. Tahulah rasanya, memang mabuk lah. Buat macam mana tetap mabuk. Tengah malam pun boleh terbangun, mabuk sebab dah telan ubat ni. Jadinya saya memang banyak skip lah.

Hb tak pernah naik banyak 9-10mg/L. Kena mark merah saja lah! Akhirnya saya cuba contact kawan saya yang sudah mengamalkan suplemen Shaklee, malah dah jadi pengedar aktif Shaklee. Dia cadangkan saya ambil suplemen Vita-Lea, Vita-C Plus dan B-Complex.

Alhamdulillah saya cuba dan dah tak mabuk. Sebelum bersalin akhirnya rekod bacaan Hb kat buku pink dah tak merah lagi, Hb 11g/dL.

Saya selamat bersalin melalui ceaserean pada usia kandungan lebih 41 minggu. kena induced sekali sebab langsung takde tanda-tanda baby nak keluar lagi. Menurut doktor pakar saya boleh bersalin normal, katanya fibroid tak halang jalan.

Tapi sampai sudah, doktor tak boleh kesan benda keras kat sebelah kanan, katanya cuma tulang bahu bayi. Sebenarnya kedudukan bayi tak betul, menghimpit kat sebelah kanan perut sahaja. Sakit contraction memang tahap hyper dah. Lebih sepuluh jam tapi tak berjaya meneran sebab tak dapat rasa pun kepala baby masuk laluan. So, memang terpaksa buat ceaserean.

Masuk je OT saya memang dah letih dan mengantuk, terus tertidur, sampai lah saya terjaga dengar baby menangis. Oh! Saya dah bersalin. Doktor cuma bagi tengok dan cium baby sekejap je. Baby kena masuk wad.

Bayiku Torticollis!

Rupa-rupanya baby saya tak menangis dekat 2 minit. Masa kat wad, doktor diagnosed jugak yang baby saya ada Torticollis, baby tak boleh pusingkan kepala ke kanan dan leher ada kaku. Doktor bagitahu neck muscle’s problem, kedudukan baby masa dalam rahim tak betul sebab saya ada fibroid.

Ya Allah risaunya masa ni. Tengok muka baby memang tembam sebelah, kepala dan leher tak tegak. Bentuk kepala sebelah kiri pun agak flat sedikit. Syukur Alhamdulillah. Selepas 3 bulan fisioterapi, leher baby dah tegak. Dah boleh pusing kiri kanan. Alhamdulillah baby memang aktif dan semua perkembangan serta pertumbuhannya normal. 

Semasa bersalin melalui ceaserean, doktor hanya buang ketumbuhan fibroid saya yang di sebelah kanan luar rahim. Doktor tak usik fibroid yang dalam rahim (dalam otot rahim yang sebenarnya). Masa ni saya takde bleeding problem.

Kini Masanya Masalah Tumpah Darah Selepas Bersalin Pula Datang

Selepas sebulan bersalin, darah nifas saya belum berhenti dan tiba-tiba jadi makin banyak darah yang keluar. Memang sangat abnormal, darah keluar laju macam air. Ada yang dalam bentuk ketulan-ketulan besar.

Masa ni memang dah rasa sakit dada, jantung berdebar laju, kulit pucat, kepala pusing. Sakitnya terasa sampai hujung kuku dan semakin rasa kebas je. Darah makin berkurang. Keluar masuk wad, tambah darah, ambil ubat untuk hentikan pendarahan.

Sehari dua saja slow, tapi lepas tu banyak semula. Berlarutan sampai hampir 4 bulan lamanya. Masa ni kena tunggu lama lagi tarikh nak jumpa doktor pakar. Saya pergi hospital pakar swasta dulu.

Doktor swasta suruh saya buat operation buang fibroid, sebab pendarahan makin teruk, surat rujukan dikeluarkan kepada pakar HSA. Doktor bagi ubat yang kuat sikit untuk hentikan pendarahan. Beberapa hari je darah berhenti, lepas tu jadi balik.

Saya dah macam-macam ikhtiar dah. Saya pergi buat hemophaty. Alhamdulillah, ubat yang diberikan berkesan, walaupun healing crisis agak teruk. Pendarahan saya akhirnya betul-betul berhenti. Sementara itu, doktor pakar HSA dah confirm saya perlu operation buang fibroid, cuma menunggu tarikh dari hospital.

Fibroid Perlu Dibuang!

Saya dah dapat tarikh operation dari hospital. 2 minggu sebelum operation, kena buat pre-operation dulu. Masa ni, saya tak sedar lagi yang darah dah kurang balik. Hb saya 5g/dL. Aduhai makin turun.

Sebab nak kena operation, saya kena topup darah lagi. So, duduk wad sajalah. Kali ni topup dengan 4 pack darah. Hb naik 10g/dL. Saya makan suplemen Shaklee semula. Alhamdulillah, sampai hari kejadian (operation), Hb jadi 13g/dL.

Saya selamat menjalani operation buang fibroid. Alhamdulillah, takde pendarahan yang teruk. takde pemindahan darah lagi, walaupun doktor dah siap-siap standby 2 pack darah. Alhamdulillah selepas operation. Sekarang, period saya dah kembali normal. 

Pahit Akan Manis Akhirnya

Alhamdulillah syukur ku pada Mu ya Allah atas  segala ujian ini. Walaupun sukar dan perit, Kau tetap kurniakan ku dengan cahayamata yang agung buatku.

Baca Juga  Berjaya Hamil Setelah Lama Menanti : Penantian Hamil Cahaya Mata Kedua Selama 10 Tahun Berakhir

Maaf, panjang lebar cerita saya ni. Tapi inilah pengalaman sebenar saya. Masalah kehilangan darah merah yang teruk dan masalah ketumbuhan fibroid buat saya sangat-sangat teruji.

Mungkin sebab saya tak sedar tentang bahaya fibroid sejak awal lagi, jadi saya tak bersedia dengan langkah pencegahan dengan sebaiknya.

Walaupun ada kaedah pencegahannya melalui suplemen, tapi langsung tidak ambil untuk mengatasi fibroid buat ia jadi semakin serius. Dan juga kerap skip pengambilan suplemen yang tak konsisten untuk atasi anemia, buat simptom anemia mudah datang.

Itu adalah kelemahan saya, tapi Alhamdulillah syukur, baby saya lahir normal, membesar dengan sihat.

Ambil Iktibar Atas Apa Yang Sudah Terjadi

Sekarang ni, saya mulai sedar pentingnya suplemen untuk kesihatan kita. Saya belajar banyak perkara tentang kesihatan. Saya tahu ramai wanita di luar sana yang ada masalah seperti ini. Semoga dengan perkongsian ini, kita tidak mudah putus asa berusaha untuk mencegah dan mengubati sesuatu penyakit yang dialami. InsyaAllah

Inilah juga pengalaman pertama dan sangat berharga buat saya. Nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan!

Alhamdulillah Syukur sangat-sangat. Saya namakan baby saya, Nuha Nusyaibah. Semoga Nuha Nusyaibah sebijak namanya serta hebat dan berani seperti Srikandi Islam, Nusyaibah Ka’ab. Nuha Nusyaibah, kerana dia sangat teristimewa buat saya.

Nasihat saya sekiranya pembaca mengalami simpton anemia disebabkan haid yang banyak, berjumpalah doktor pakar sakit puan. Kemungkinan mempunyai masalah yang sama seperti saya. Jangan biarkan ia melarat. Anemia ni bukan sahaja membahayakan nyawa kita, malah jika mengandung juga boleh mengakibatkan risiko kelahiran tidak normal pada bayi. Allah, mohon dijauhkan!

Sekian perkongsian daripada saya.

Ainiza @ UmmuNusyaibah

Baca juga Perkongsian Ini

 

Facebook Comments

Have any Question or Comment?

One comment on “Pengalaman Anemia Disebabkan Haid Yang Banyak Serta Ketumbuhan Fibroid Dalam Rahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Saya:

Pengedar Shaklee Pekan Nanas

YOUTH™ Skincare

YOUTH Shaklee Produk Kecantikan Muka Terbaik Selamat Berkesan

Shakleebaby™

Shaklee Baby

CoQ-Trol Plus

CoQ-Troll Plus

Jom Shaklee!

Web Stats

  • 0
  • 163
  • 282
  • 64,969