8 Cara Atasi Senggugut Dengan Berkesan Tanpa Kesan Sampingan

Cara Atasi Senggugut

Atasi senggugut atau kita lebih rela menahan sakitnya setiap bulan? Siapa yang tak pernah mengalami senggugut? Hampir kebanyakan wanita mengalaminya, malah ada yang setiap kali datang bulan mesti kena senggugut yang teruk. Allah…tahu sahaja lah macam mana rasa sakitnya yang dalam perut tu.

Senggugut Berkurang Atau Hilang Selepas Melahirkan Anak Pertama

Senggugut atau sakit period membuatkan rasa ‘cramp’ (kekejangan) di bahagian bawah perut dan belakang. Ia biasanya dialami pada 1-2 hari sebelum datang period dan akan hilang selepas 2-4 hari.

Senggugut yang disebabkan proses datang period itu sendiri dikenali sebagai dysmenorrhea primer.

Biasanya remaja yang baru datang bulan mengalami senggugut yang agak kuat sehingga tahun pertama atau kedua. Semakin meningkat usia, senggugut biasanya akan berkurangan dan boleh jadi langsung hilang selepas melahirkan bayi pertama.

Kontraksi Otot Rahim, Kekurangan Oksigen Dalam Rahim Punca Senggugut

Tanda-tanda kita mengalami senggugut ialah rasa sakit dan ada tekanan di bahagian perut. Ditambah lagi rasa lenguh-lenguh di bahagian pinggul, bawah belakang dan bahagian dalam paha. Senggugut juga boleh menyebabkan muntah-muntah, sakit kepala, serta kerap buang air besar dan cirit-birit.

Atasi Senggugut Bagaimana Senggugut Terjadi

Kenapa senggugut terjadi? Otot rahim mengalami kontraksi (pengecutan) semasa kitaran period berlaku. Sekiranya kontraksi terlalu kuat, ia boleh menekan ke atas saluran darah berhampiran. Kemudian menghalang bekalan oksigen ke bahagian rahim. Kekurangan oksigen menyebabkan rasa sakit dan kekejangan.

Senggugut Yang Amat Teruk Kemungkinan Endometreosis 

Senggugut yang disebabkan masalah dalaman organ reproduksi wanita dikenali sebagai dysmenorrhea sekunder. Tahap kesakitan lebih teruk berbanding senggugut primer.

Dapatkan pemeriksaan doktor lebih lanjut sekiranya kita mengalami senggugut yang abnormal, sakit yang terlampau, darah yang keluar terlalu banyak serta tempoh period yang sangat panjang. Kemungkinan ia adalah dysmenorrhea sekunder yang disebabkan oleh masalah-masalah seperti berikut:

  • Endometreosis iaitu tisu lapisan rahim berkumpul di luar rahim.
  • Penyakit Radang Pelvik (PIV) iaitu jangkitan bakteria dari rahim merebak ke organ pembiakan yang lain.
  • Stenosis (penyempitan) servik di bahagian bawah rahim disebabkan parut atau kekurangan hormon estrogen.
  • Dinding dalam rahim mempunyai ketumbuhan fibroid.

Atasi Senggugut Punca Endometriosis

Atasi Senggugut Punca Fibroid

Ubat-ubatan Dan Rawatan Untuk Atasi Senggugut

Macam mana nak hilangkan senggugut? Senggugut yang ringan mungkin akan cepat lega dengan hanya makan paracetamol. Tapi biasanya ia memang kurang berkesan.

Baca Juga  Ketahui Cara Mengecutkan Cyst Ovari Yang Terbaik Dan Selamat Tanpa Kesan Sampingan

Berjumpalah dengan doktor sekiranya memerlukan ubat-ubatan untuk atasi senggugut. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat-ubatan seperti acetaminophen, ibuprofen atau naproxen. Malah pil perancang juga digunakan sebagai kaedah mengawal masalah senggugut. Ia bergantung kepada kesesuaian dan tahap senggugut yang dialami.

Rawatan pembedahan mungkin perlu sekiranya senggugut teruk berpunca daripada masalah endometriosis atau fibroid. Bagaimanapun, doktor pakar sakit puan biasanya tidak mencadangkan rawatan pembedahan terlalu awal bagi wanita yang belum pernah hamil. Pembedahan rahim berisiko rahim mungkin tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang terus.

8 Cara Atasi Senggugut Dengan Berkesan 

#1 – Minum air lemon setiap kali bangun pagi. Air lemon bersifat alkali dan melindungi tubuh mudah terhidrasi sepanjang hari. Semasa datang bulan, tubuh kita mudah terhidrasi dan mudah berasa dahaga. Banyakkan juga minum air kosong.

#2 – Makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau untuk memastikan tubuh kita mendapat vitamin B, serat dan mineral yang secukupnya. Selain itu, tubuh kita juga akan mendapat banyak kalsium, magnesium dan zat besi.

#3 – Makan ikan atau minyak ikan untuk membantu ketidakseimbangan hormon semasa datang bulan.

#4 – Ambil makanan kalsium dan magnesium untuk mengimbangi hormon.

#5 – Terapi haba gunakan pemanas pad atau botol yang diisi dengan air suam, tuamkan pada bahagian depan dan belakang perut. Banyakkan minum air suam, elak minuman dan makanan sejuk.

#6 – Mandi air suam supaya tubuh lebih segar, tidak letih dan mengurangkan stress.

#7 – Lakukan senaman ringan untuk membantu tubuh mengeluarkan hormon yang baik iaitu endorphin. Endorphin membantu hilangkan rasa sakit akibat senggugut.

#8 – Jangan abaikan suplemen membantu melengkapkan kekurangan zat makanan yang diperlukan dalam diet harian kita.

Suplemen Shaklee Untuk Atasi Senggugut Tanpa Kesan Sampingan

#1 – Set Anggun [Ever Vibrant Set] 

Set eksklusif ini khas untuk semua wanita, bukan sahaja untuk atasi senggugut malah untuk yang sentiasa mahukan terbaik. Ia menyediakan asas yang sihat, menyokong kulit yang sihat berseri, menyediakan tahap tenaga yang berterusan walaupun ketika anda datang bulan.

Set Anggun Vibrant Set Atasi Senggugut

Sustained Released Vita-C Plus untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita. Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria, mengukuhkan sistem imun tubuh.

Baca Juga  Bahaya Hb Rendah Semasa Hamil : Bagaimana Mahu Menaikkan Hb?

Omega Guard membekalkan spektrum luas 7 asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat. Omega-3 membantu mengimbangi kepekatan dalam hormon wanita yang menyebabkan PMS atau senggugut, melicinkan kulit, nampak lebih kemerah-merahan.

Vita-Lea memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum. Kandungan zat besi membentuk hemoglobin, meredakan senggugut, mengelakkan keletihan dan anemia.

B-Complex memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda. Sangat baik untuk atasi senggugut, meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon atau ubat tahan sakit.

GLA Complex diformulasi khas untuk membantu wanita mengekalkan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan. GLA membantu mengawal selia hormon wanita, memperbaiki simpton senggugut (PMS) seperti kesakitan, mood swing dan sakit paayudara.

ESP makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Pembekal tenaga segera supaya sentiasa kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

– ATAU –

Jika mempunyai bajet terhad boleh mencuba Set Bajet ini :

#2 – Set Asas Senggugut

Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad atau baru pertama kali ingin mencuba suplemen Shaklee, saya syorkan anda mencuba set ini.

OsteMatrix juga membantu atasi senggugut. Kajian juga menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit ketika datang bulan juga membantu membuang air kecil.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Suplemen Shaklee?

Hubungi terus saya Ainiza melalui Whatsapp +6019-7291154

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian terus melalui saya, anda layak untuk mendapatkan konsultasi eksklusif serta panduan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat dan betul.

Untuk lebih mudah dan cepat, anda juga boleh membuat pembelian terus di Esell. Pembayaran boleh menggunakan kad debit atau kad kredit. KLIK Esell di bawah untuk ORDER SEGERA.

Pengedar Shaklee Pekan Nanas Pontian

Hidup Sihat Hidup Ceria

Amalkan Suplemen Pelaburan Kesihatan Berbaloi
 
Ainiza Hamidon 
SID No. 1204686 
 
Call | Sms | Whatsapp
 
Pengedar Sah Shaklee 
COD Pekan Nanas Pontian
Penghantaran POS Seluruh Malaysia

 

 

Facebook Comments

Have any Question or Comment?

One comment on “8 Cara Atasi Senggugut Dengan Berkesan Tanpa Kesan Sampingan

Saya jenis senggugut yang teruk jugak sampai dulu2 mase blum kawin twrpaksa makan menstruation pill tu..tapi lepas dha amal vitamin2 shaklee ni..mmg jauh bezalaah dri dulu..

Alhamdulillah shaklee pilihan penjgaan ksihatan rahim terbaik!

Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Saya:

Pengedar Shaklee Pekan Nanas

YOUTH™ Skincare

YOUTH Shaklee Produk Kecantikan Muka Terbaik Selamat Berkesan

Shakleebaby™

Shaklee Baby

CoQ-Trol Plus

CoQ-Troll Plus

Jom Shaklee!

Web Stats

  • 0
  • 57
  • 69
  • 87,760